Salam semua...smlm sy chat dgn junior ms secondary school..Alhamdulillah adik ni tgh pregnant 1st
child tp br je discharged dr hospital sb mslh kesihatan. Adik ni ckp dia xpndai
minum susu tepung n xsuka mkn pill. Sy tegaskn pd dia pentingnya kalsium utk ibu yg mengandung..utk ibu yg
menyusukn anak jgk.Pengambilan vitamin jgk sgt penting untuk menampung
kekurangan zat drpd mknn yg kt ambil..zaman skrg ni byk sgt processed
food&saturated fats yg xbleh nk lari...ms monthly check up pn doc2 akan bg segala
mcm vitamin kt ibu mengandung..folid acid la, kalsium la, b complex lg...Jelas2
la kan
pentingnya vitamin ni...Kl ada yg msh belum ambil apa2 vitamin n msh xtau apa
yg perlu di ambil, sy nk share sket ni vitamin2 yg patut bakal2 ibu
ambil&kepentingannya:
Asid Folik (Boleh amek
B-Complex)
Anda harus ambil 400mcg asid folik setiap hari dalam tempoh 12 minggu pertama
kehamilan.
Walaupun jika anda tidak mengambil multivitamin, ambillah suplemen yang satu
ini semasa trimester pertama.Selain mengambil asid folik, anda juga harus makan
banyak makanan yang mengandungi folat, iaitu asid folik dalam bentuk semula
jadi. Folat terkandung dalam sayur-sayuran hijau dan kekacang. Banyak roti dan
bijirin sarapan juga ditambah dengan asid folik.
Pengambilan asid folik
boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang
(kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku
apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.Dalam beberapa kes,
dos asid folik yang tinggi adalah disyorkan. Jika anda sudahpun mempunyai
seorang anak dengan kecacatan tiub neural, atau jika anda mengambil ubat-ubat
tertentu, beritahulah doktor anda. Beliau boleh memberikan dos yang lebih
tinggi kepada anda.
Zat Besi (Boleh amek Vita-Lea)
Anda memerlukan banyak zat
besi kerana jumlah darah dalam badan anda semakin bertambah. Darah yang lebih
ini menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.Badan anda akan membantu anda
mendapatkan lebih zat besi yang diperlukan. Ia membuat penyesuaian untuk
membantu anda menyerap lebih zat besi daripada makanan semasa anda hamil.
Kalsium (Boleh amek Ostematrix)
Sangat penting untuk
pembentukan tulang dan gigi yang kuat, saraf, jantung dan otot yang sihat, juga
perkembangan ritma jantung dan pembekuan darah.Disyorkan
mengambil 1,500mg/sehari untuk ibu-ibu yang mengandung.
Vitamin C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam
membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan (reduce stretch mark effect).
Juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Membantu dalam penghadaman
zat di samping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C
bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?
Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat
besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen
dalam darah.Credit http://sihatcomelceria.blogspot.com
EFA(Boleh amek Omega
Guard)
DHA dan EPA dari Omega nie
penting untuk pembentukan otak & mata baby. Buat ibu pula, ia akan kawal
paras kolesterol dalam badan ibu.Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa
minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang
baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan
perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.
Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3,
yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga
mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan
ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari
dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa
banyak yang anda suka. Jika anda tidak suka ikan, tambahan minyak ikan senang diperolehi
(pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan
semasa kehamilan).
Energizing Soy Protein (ESP)
Protein sangat penting untuk membina dan
memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan
oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan
kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan
yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi
mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan
mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu
membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan
protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan
plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang
bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke
3. Selain itu, ESP juga mencantikkan kulit dan mengurangkan stretch-mark effect.
Kalau ada yang berminat dengan Pregnancy Set ni, bolehlah SMS sy di 012 3961730. Or PM Zahara Yaakop if anda nak tahu lebih lanjut tentang supplement untuk breastfeeding ni. Nanti sy reply secepat mungkin ya :)
No comments:
Post a Comment