Thursday 20 September 2012

Bagus la vitamin C ni...





 




Salam uols...dh lm xupdate blog..kn p EIA induction n amek exam..tgl jap blog..sepnjg mggu ni sakit tekak, selsema  n batuk yg amat dahsyat..mujur ada Vitamin C shaklee ni..bese sebiji sehari..tp bl sakit2 ni tmbh dose..2 biji sehari.bleh amek asing.xperlu amek 2 biji  sekaligus...Alhamdulillah xpyh mkn ubat len..baik dh sakit tekak, selsema n batuk....=)


Disini saya nk kongsi kebaikan vitamin C dan banyak lagi kegunaan vitamin C dalam kehidupan kita:

·     Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi
kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
·     Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
·     Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta
meningkatkan imuniti.
·     Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan
darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
·     Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan
penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
·     Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak
sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
·     Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang
membantu mencegah penuaan pra-matang.
·     Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai
antibiotik yang tidak berbahaya.
·     Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering
dirosakkan oleh radikal bebas.
·     Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna
dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
·     Merawat jangkitan saluran kencing.
·     Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Vitamin C Shaklee, adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.

Berminat? Boleh hubungi sy:

- SMS 012 3961730
- FB: Zahara Yaakop
- Email: anulusflower173@yahoo.com

Thursday 13 September 2012

Bagusnya Vitamin E ni

Salam sayang u ols...arini sy nk sharing2 info on Vitamin E. Bese nye vitamin E ni org kaitkn dengan kecantikan je.actually byk lg fungsi vitamin E ni yg mgkn masih ramai blom tau lg..=)..jom kita study..

FUNGSI
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

SUMBER
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. 

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :
Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
Penuaan kulit sebelum masa.
Rambut gugur
Anemia.
 
#Em kl rs cm payah nk cri sumber2 vitamin E or rs cm xckp je intake bleh try amek pil je.Berminat? Boleh hubungi sy:

- SMS 012 3961730
- FB: Zahara Yaakop
- Email: anulusflower173@yahoo.com

Tuesday 11 September 2012

Bau Busuk..kotornye..

‎[INFO : MASALAH BADAN BERBAU]

Lebih memalukan jika rembesan peluh mengganggu orang lain

MASALAH ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.
Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine.
Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.

Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.
Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.

Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau.

Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bakteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stokin dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri.

Pastikan kaki sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi dengan melakukan senaman meditasi seperti yoga.

Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.

Info: Cara mengawal bau badan
- Kerap mandi
- Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar
- Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)
- Berhenti merokok.

Cadangan Vitamin Untuk Mengawal Bau Badan:

* Alfalfa Shaklee - Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

* Garlic Shaklee – Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

* Herba-Lax Shaklee - Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.

Monday 10 September 2012

Healing crisis


Salam semua.. selepas mendapatkn produk shaklee, rata2 customer shaklee akan mengadu mcm2 kesan drpd pengambilan shaklee. ada yg positif n ada yg negatif.ada yg memuji n ada yg ckp xberkesan la, skt2 kepala, demam n mcm2 sakit lg..sbnrnye yg sakit2 tu sy bgtau mereka itu adalah proses healing crisis. Apa tu healing crisis? Jom baca lbh lanjut dlm entry kali ni..=)

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 
A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.  
Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 
A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 
A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 
A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi
Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:
Krisis Penyembuhan                
            Penerangan / Penyebab
Sakit kepala yang melampau


Demam, tidak cukup rehat


Cirit-birit, meningkatkan pergerakan
usus, najis berbau, air kencing berbau

Kembung perut

Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lender


Penghasilan lendir seperti selsema,
kahak              


Pendarahan Hidung


Rasa sakit pada otot dan sendi
           

Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif

Kitaran haid yang tidak menentu, perubahan waktu kitaran haid, kegatalan, pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak

Lapar, Pening

Loya, sembelit, tersedu                                     

Edema (membengkak)             
Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan

Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar

Sistem penghadaman yang lemah

Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan

Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

Mungkin petanda bagi kekurangan darah

Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

Mempercepatkan krisis penyembuhan


Sistem saraf yang lemah


Hormon yang tidak seimbang/ penyakit buasir



Tekanan darah rendah, anaemia

Sistem hadaman yang lemah, masalah hati

Masalah buah pinggang
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Thursday 6 September 2012

Rahsia ariq yg boyot itu...

Salam Jumaat semua..
Perkongsian utk arini..Gmbr ari br lahir n after 1 month (tgk beza tgn tu..mula2 halus je smpai ayah dia pn ckp kesiannya baby kurus je)Gmbr yg bwh tu peha cm bes je nk gigit kan...Sbnrnye nk share kt semua berat ariq dari bln ke bln..

Born=2.82 kg (lahir awl 2mggu)
1 month = 4.7 kg
2 months = 5.9 kg
3 months = 7 kg
4 months = 7.6 kg
5 months = 8.3 kg
6 months = 8.9 kg
8 months = 9.3 kg

Perkembangan berat yg agak pesat..Smpai  everytime check up doc yg xsbr nk tau berat terkini dia..heheh..Bg sy supplement Shaklee amat membantu sy memberikn susu ibu yg berkualiti..(sy amat mementingkn kualiti bkn kuantiti ye..)..n bonus yg dpt, ariq sgt ssh nk demam wlupn pnt travel..jap balik kedah,jap balik melaka..n kl demam pn stkt ni xberpnjangan..plus kulit ariq yg bersih tulus mulus gitu.Alhamdulillah..Sy dh jmpa supplement yg sesuai dgn sy..anda bila lg?

Newborn

1 month

Jika anda berminat nk cuba apa yg sy dh cuba ni boleh hubungi sy utk consultation percuma melalui FB/ 0123961730/ anulusflower173@yahoo.com

Tuesday 4 September 2012

Dh xmcm nenek2 lg...~

Salam semua...
Sy nk share sket psl pengalaman sy sndri mengamalkn Ostematrix Shaklee. Slps abes pantang aritu n br2 stat keje..every morning pyh btul nk bgn tdo, kaki slalu kejang (kesian hubby terjaga mlm2 semata2 nk kn tlg urutkn kaki) n yg plg seksa bl nk bgn dr kete bl dh duduk lm2..terasa cm org tua2 plak..pastu bl nk melangkah Allah jela yg tau sakitnya rs sendi2..gila cm org tua kan..hehe..sbnrnye spnjg pregnancy sy xleh minum susu sb gastrik akan jd lbh truk, so doc suggest amek pil kalsium je.N memandangkn sy ni fully breastfeeding little ariq, lg la sgt perlukan kalsium dlm bdn. tp sy hny ambil pil kalsium ms pregnant je. lps bersalin xamek dh sb byk sgt mkn pil2 set pantang ms tu. Akibatnya dptla kesan2 cm yg sy sebut kt atas td tu. After pantang stok susu xda nk naik keje, jd sy pn stat amek Shaklee sbgai supplement sekaligus boost milk production. N sy tmbh Ostematrix skali. Xsmpai sminggu amalkn kalsium Ostematrix, sy sgt2 teruja sb dh xda sakit2 mcm sblm ni.nk bgn tido pn sng n segar je. N sy sblm ni ada mslh susu drop ms period tp after amek Ostematrix Shaklee xpyh riso2 dh..maintain..Alhamdulillah kuasa Allah...kita hanya mampu berusaha yg terbaik, yg lain kita serahkn pdNya..=)

Ostematrix Shaklee
Jika anda berminat nk cuba produk ni boleh hubungi sy utk consultation percuma melalui FB/ 0123961730/ anulusflower173@yahoo.com



Basic H...Bukan setakat guna bila anak demam..

Baru2 ni berminat nk try Basic H Shaklee,so ms beli order2 customer sy pn beli la Basic H utk diri sndri. Tahu tak yang Shaklee Basic H ni merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960... 



Ini yang kak N kongsikan apa yg beliau buat dgn Basic H tu..


1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.

2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.

3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.

4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.

5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.

6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.

7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.

8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.

9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.

10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.

11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.

12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.

Ni baru 12.Kalau nak diikutkan ada 1000 kegunaan.. so apa kata anda explore lagi 988 kegunaan yang anda boleh cuba


Tapi yang paling menjadikannya laris minggu ini kerana sekarang ni musim demam.. mak manalah yg tak risau.. termasuklah saya.Basic H mmg best. mmg kene standby ala ala first aid kat rumah or bile2 travel boleh isi dlm botol yg 50-90ml tu.

Bila anak demam, kita kene sentiasa tuam mereka... utk pastikan suhu badan tak naik terlampau tinggi.. dan ramai yg SUKA dgn hasil apabila tuam anak mereka dgn Basic H..KENAPA? kerana Basic H ni dapat serap haba 3 kali ganda berbanding kita guna air biasa. Cube baca apa kata Pn Farihah dan Pn Azrin ni..


Akhir kata Basic H adalah pencuci serbaguna yang wajib ada.. memanglah
sekarang ni ada mcm2 pencuci serbaguna tapi Tahukah anda..kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal.Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan 
tapi dengan BASIC H.. anda selamat Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak, kepekatan berganda..



Ikuti kisah2 pengguna Basic H Shaklee:




"Saya seronok sgt guna basic H tu.. tak sangka.. walaupun harga dia mahal, tapi mmg berbaloi pakai.. pakai beberapa titik je, berkesan sungguh.. saya mandikan anak2 saya dgn air basic H ni... pakai 3/4 hari dorang dah tak garu2 lagi.. sebelum ni tangan dan kaki dorang asyik gatal2, dorang garu2 sampai luka2.. skang ni dah takde. Lepas tu, baby saya naik bintik2 kat muka.. saya lapkan muka baby dgn air basic H ni.. hari kedua dah nampak kurang bintik2nya.. mula2 tu risau jugak nak pakai kan kat baby, takut tak sesuai.. tapi nampaknya takde side effect..lepas ni saya akan teruskan sehingga hilang bintik2 tu.. bagus sungguh.. TQ Iffa for introducing me to basic H.."

(Info sharing:credit to Master Shareeza)

Berminat? Boleh hubungi sy:

- SMS 012 3961730
- FB: Zahara Yaakop
- Email: anulusflower173@yahoo.com