Thursday 12 July 2012

Pregnant Women..Alert!!!~


Salam semua...smlm sy chat dgn junior ms secondary school..Alhamdulillah adik ni tgh pregnant 1st child tp br je discharged dr hospital sb mslh kesihatan. Adik ni ckp dia xpndai minum susu tepung n xsuka mkn pill. Sy tegaskn pd dia pentingnya kalsium utk ibu yg mengandung..utk ibu yg menyusukn anak jgk.Pengambilan vitamin jgk sgt penting untuk menampung kekurangan zat drpd mknn yg kt ambil..zaman skrg ni byk sgt processed food&saturated fats yg xbleh nk lari...ms monthly check up pn doc2 akan bg segala mcm vitamin kt ibu mengandung..folid acid la, kalsium la, b complex lg...Jelas2 la kan pentingnya vitamin ni...Kl ada yg msh belum ambil apa2 vitamin n msh xtau apa yg perlu di ambil, sy nk share sket ni vitamin2 yg patut bakal2 ibu ambil&kepentingannya:


Asid Folik (Boleh amek B-Complex)
Anda harus ambil 400mcg asid folik setiap hari dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan. Walaupun jika anda tidak mengambil multivitamin, ambillah suplemen yang satu ini semasa trimester pertama.Selain mengambil asid folik, anda juga harus makan banyak makanan yang mengandungi folat, iaitu asid folik dalam bentuk semula jadi. Folat terkandung dalam sayur-sayuran hijau dan kekacang. Banyak roti dan bijirin sarapan juga ditambah dengan asid folik. 

Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.Dalam beberapa kes, dos asid folik yang tinggi adalah disyorkan. Jika anda sudahpun mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural, atau jika anda mengambil ubat-ubat tertentu, beritahulah doktor anda. Beliau boleh memberikan dos yang lebih tinggi kepada anda.

Zat Besi (Boleh amek Vita-Lea)
Anda memerlukan banyak zat besi kerana jumlah darah dalam badan anda semakin bertambah. Darah yang lebih ini menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.Badan anda akan membantu anda mendapatkan lebih zat besi yang diperlukan. Ia membuat penyesuaian untuk membantu anda menyerap lebih zat besi daripada makanan semasa anda hamil. 

Kalsium (Boleh amek Ostematrix)
Sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat, saraf, jantung dan otot yang sihat, juga perkembangan ritma jantung dan pembekuan darah.Disyorkan mengambil 1,500mg/sehari  untuk ibu-ibu yang mengandung.

Vitamin C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan (reduce stretch mark effect). Juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Membantu dalam penghadaman zat di samping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.Credit http://sihatcomelceria.blogspot.com

EFA(Boleh amek Omega Guard)
DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak & mata baby. Buat ibu pula, ia akan kawal paras kolesterol dalam badan ibu.Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan. 


Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka. Jika anda tidak suka ikan, tambahan minyak ikan senang diperolehi (pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan semasa kehamilan). 


Energizing Soy Protein (ESP)
Protein sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.


ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3. Selain itu, ESP juga mencantikkan kulit dan mengurangkan stretch-mark effect.



Kalau ada yang berminat dengan Pregnancy Set ni, bolehlah SMS sy di 012 3961730. Or PM Zahara Yaakop if anda nak tahu lebih lanjut tentang supplement untuk breastfeeding ni. Nanti sy reply secepat mungkin ya :) 

No comments:

Post a Comment