Tuesday 10 July 2012

Untuk ibu2 hamil...renung2kan...=)


Salam semua...entry kali ni sy nk share sket psl berpuasa ms pregnant..=) Menjelang Ramadhan yg tinggal bape ari je lg ni, mst ramai mommy to be yg dh stat riso2 cmne la nt nk pose kan?bila pose nt sudah pasti kita tidak akan boleh makan dengan kerap, namun begitu, antara berbuka puasa sehingga waktu sahur, anda boleh makan lebih daripada dua kali. Mengambil hidangan yang bernutrisi dan seimbang akan membantu mengekalkan berat badan anda dan mengelakkan:
  • sembelit
  • sakit kepala
  • ketakcernaan
  • keletihan
  • pedih ulu hati
###Semuanya simptom yang biasa berlaku semasa waktu kehamilan.

Bleh try tip-tip berikut mengenai cara terbaik untuk berbuka puasa.
  • Buka puasa dengan tiga biji kurma dan jus, susu atau yogurt rendah lemak, diikuti dengan sup, seelok-eloknya sup yang jernih.
  • Buah kurma dan jus merupakan makanan yang baik untuk menaikkan tahap gula dalam darah kepada normal.
Kemudian, ambil hidangan seimbang yang terdiri daripada:
  • Satu pinggan salad atau ulam sebagai pemula.
  • Protin daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang kuda atau kacang buncis.
  • Karbohidrat kompleks daripada beras perang dan roti gandum penuh.
  • Sejumlah besar sayur-sayuran.
Jangan lupa untuk elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah kenaikan berat badan atau mengambil nutrisi yang tidak baik atau menggalakkan ketakcernaan.

Adakah saya perlu makan sahur yang berat?

Hidangan sahur merupakan hidangan yang paling penting untuk diambil semasa bulan Ramadan untuk mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari. Jangan tinggalkan hidangan ini kerana ia akan memberikan anda nutrien dan tenaga yang anda perlukan sepanjang hari. Ia juga akan mengurangkan simptom akibat kelaparan, seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat bagi anda perlu terdiri daripada:
  • Beras perang dan roti gandum penuh dengan buah kurma dan kuah kari.
  • Bran atau bijiran serat tinggi dengan susu skim rendah lemak.
  • Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
###Elakkan pengambilan teh terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan kandungan air (nyahhidrat) dalam badan anda. 

Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas buka puasa; bagaimana mahu menggantikkannya? 

Minumlah jus buah, bukan minuman bergas atau kopi dan teh. Minuman smoothie buah yang mengandungi susu, yogurt dan ais adalah minuman yang menyegarkan dan memberikan anda keperluan buah-buahan yang banyak dalam nutrisi harian anda. Sup sayur mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran yang akan menambah vitamin, mineral dan serat dalam diet anda.

Apa yang perlu saya tambah dan kurangkan dalam diet saya semasa bulan Ramadan?

Pada bulan Ramadan, tahap aktiviti anda akan berkurangan dan semasa kehamilan, anda akan menjadi lebih letih. Untuk berpuasa secara sihat, ingatlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
  • Selepas makan malam, rehat seketika, kemudian bangun dan berjalan. Lakukan aktiviti yang ringan.
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur tetapi pastikan anda mengambil hidangan sahur.
  • Minum banyak air selepas buka puasa dan sebelum sahur untuk mengelakkan penyahhidratan.
Selain drpd mengamalkn tips kt ats ni sy juga mengambil supplement agar sntiasa sihat bertenaga. Sy mengamalkn supplement Shaklee. Nk tahu lebih lanjut supplement apa yg perlu anda ambil?Bleh pm sy di https://www.facebook.com/afiza or sms 0123961730 or email anulusflower173@yahoo.com



No comments:

Post a Comment